Memaparkan catatan dengan label panduan bisnes krafttangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panduan bisnes krafttangan. Papar semua catatan

Rabu, 9 April 2014

Cara Melilit Bingkai Bakul

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin kongsikan cara melilit  bingkai bakul rotan kepada anda semua. 

Proses melilit bingkai bakul dibuat selepas memasang bingkai dengan menggunakan rotan isi (FOC). Sebelum proses melilit bingkai dilakukan, bingkai yang telah dipasang pada bakul perlulah diratakan permukaannya terlebih dahulu dengan menggunakan pisau. Ini bertujuan supaya lilitan yang akan dibuat akan kelihatan cantik dan permukaan bingkai bakul menjadi rata.

permukaan bingkai yang tidak rata - perlu diratakan sebelum proses melilit dilakukan


Pilih isi rotan yang lembut bagi memudahkan proses melilit dilakukan. Basahkan isi rotan dengan air bagi memudahkan kerja melilit dilakukan. Anda perlukan peralatan tambahan iaitu ice breaker/ screw driver leper bagi memudahkan proses mencucuk bahagian yang hendak dimasukkan rotan tersebut. Proses ini agak rumit sedikit tetapi hasilnuya begitu memuaskan, cantik dan menarik. Anda hendaklah melakukan lilitan tersebut sehingga penuh keseluruhan bingkai. 




Kaedah ini digunakan/ apply pada semua jenis bakul berbingkai. Gambar dibawah menunjukkan bingkai bakul yang telah siap dililit. 



Contoh lilitan diatas dinamakan lilitan diamond.


Contoh lilitan yang ditunjukkan diatas adalah lilitan biasa.

Semoga informasi yang diberikan diatas dapat memberikan gambaran tentang cara melilit bingkai bakul. Nantikan entri seterusnya dari saya.

Sabtu, 5 April 2014

Tentang Kraf

Hari ini saya nak share tentang satu informasi mengenai kraf. Kita sering membaca didalam majalah atau mana-mana media cetak yang menceritakan tentang kraf, pengusaha kraf, bentuk rekaan baru bagi kraf dan sebagainya. Dalam usaha mereka bentuk baru sesuatu produk, kita perlu melihat apa yang sesuai untuk bahan dan bentuk, dan reka bentuk produk mesti ditingkatkan. Kita perlu menyediakan sesuatu produk yang lebih mahal dalam ertikata kualiti dan penampilan untuk memenuhi kehendak pengguna.

Jom fikirkan, apabila kita menyebut tentang mereka bentuk baru bagi sesuatu produk, pereka selalunya memainkan peranan yang amat penting tapi persoalannya adakah semua pengusaha kraf adalah pereka (designers) dan adakah semua pereka adalah pengusaha?. Seseorang yang meminati kraf mempunyai sudut pandangan yang berbeza tentang sesuatu produk yang dilihatnya. Contohnya, ada yang sekadar melihat sesuatu bentuk kraf sebagai bentuk yang cantik sahaja dan bagi seseorang yang mempunyai kreativiti ianya akan melihat keindahan, maksud dan uniknya seni yang ditonjolkan pada produk tersebut.

Tidak semua pembuat bakul bangun pada waktu malam dengan visi ciptaan mereka dan mendengar soalan dan jawapan dalam diri. Adakah aku suka dengan penghasilan aku ini? adakah sesiapa menyukainya?. Pasti tidak. Ini bukan bentuk yang mereka faham. Tetapi ianya adalah tidak benar, betulkan? Mengapa ianya perlu? Ianya lemah?. Tidak, tetapi warnanya baik. Adakah itu mencukupi? Sudah tentu tidak, ia akan dibuat semula. Mengapa? kerana ia bukan yang aku maksudkan. Apa yang aku maksudkan? Aku akan melihanya semula pada waktu pagi. Aku perlu bijak dan berani, aku akan buat sekali lagi, atau dua kali atau sepuluh kali sehingga aku mencapai apa yang aku kehendaki.

Sesungguhnya, ini adalah fakta yang benar. Kemahiran asas tidak boleh dipelajari dengan cepat melalui kajian intensif. Pengetahuan mesti berkembang daripada pengalaman praktikal, mata juga perlu belajar untuk melihat dengan persepsi yang kritikal.

Setakat ini perkongsian untuk hari ini. Semoga berjumpa lagi dimasa yang lain.

Selasa, 1 April 2014

Jom Menganyam Bakul

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda berkenaan bahan asas untuk memulakan kerja-kerja menganyam bakul rotan.

Antara bahan asas yang diperlukan ialah :-

1. Gunting, tukul besi bersaiz kecil, pita pengukur atau pembaris panjang 24", botol spray air, plier muncung panjang, pencucuk ais, cutter, paku dan meja kerja.

2. Rotan pulor pelbagai saiz (bergantung kepada saiz bakul yang hendak dianyam). Untuk menganyam bakul bersaiz sederhana rotan pulor yang digunakan adalah bersaiz 2,0mm (untuk anyaman badan) dan 2.5mm (untuk tiang bakul).

3. Rotan foc atau rotan isi untuk melilit bingkai bakul.

4. Rotan sega untuk membuat bingkai bakul.

5. Plywood, gergaji elektrik dan mesin penebuk elektrik.

Rotan pulor dan rotan foc

Plywood dan mesin penebuk
Nantikan sambungannya di entri yang lain.