Memaparkan catatan dengan label teknik anyaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknik anyaman. Papar semua catatan

Rabu, 9 April 2014

Cara Melilit Bingkai Bakul

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin kongsikan cara melilit  bingkai bakul rotan kepada anda semua. 

Proses melilit bingkai bakul dibuat selepas memasang bingkai dengan menggunakan rotan isi (FOC). Sebelum proses melilit bingkai dilakukan, bingkai yang telah dipasang pada bakul perlulah diratakan permukaannya terlebih dahulu dengan menggunakan pisau. Ini bertujuan supaya lilitan yang akan dibuat akan kelihatan cantik dan permukaan bingkai bakul menjadi rata.

permukaan bingkai yang tidak rata - perlu diratakan sebelum proses melilit dilakukan


Pilih isi rotan yang lembut bagi memudahkan proses melilit dilakukan. Basahkan isi rotan dengan air bagi memudahkan kerja melilit dilakukan. Anda perlukan peralatan tambahan iaitu ice breaker/ screw driver leper bagi memudahkan proses mencucuk bahagian yang hendak dimasukkan rotan tersebut. Proses ini agak rumit sedikit tetapi hasilnuya begitu memuaskan, cantik dan menarik. Anda hendaklah melakukan lilitan tersebut sehingga penuh keseluruhan bingkai. 




Kaedah ini digunakan/ apply pada semua jenis bakul berbingkai. Gambar dibawah menunjukkan bingkai bakul yang telah siap dililit. 



Contoh lilitan diatas dinamakan lilitan diamond.


Contoh lilitan yang ditunjukkan diatas adalah lilitan biasa.

Semoga informasi yang diberikan diatas dapat memberikan gambaran tentang cara melilit bingkai bakul. Nantikan entri seterusnya dari saya.

Khamis, 3 April 2014

Teknik Anyaman

Kali ini saya akan memperkenalkan beberapa teknik anyaman. Bila kita bercerita tentang sesebuah bakul, dari sudut pandangan saya bakul itu mempunyai bentuk seumpamanya seperti orang. Ianya mempunyai bahagian kaki, pinggang, badan, leher dan kepala. Setiap bahagian mempunyai teknik anyaman yang berbeza. Contohnya pada permulaan anyaman bakul mempunyai pelbagai teknik, tetapi selalunya teknik yang digunakan adalah teknik anyaman tiga serentak. Teknik ini adalah bagi memastikan permulaan anyaman bakul benar-benar kukuh. Teknik anyaman ini juga digunakan pada kaki bakul, leher dan juga boleh digunakan untuk keseluruhan anyaman sesebuah bakul. 

Gambar dibawah adalah contoh teknik anyaman tiga serentak pada permulaan bakul.


www.bakulrotan.com
Setakat ini informasi yang dapat dikongsikan untuk hari ini. Nantikan entri yang seterusnya dari saya.