Memaparkan catatan dengan label catatan pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catatan pengalaman. Papar semua catatan

Sabtu, 5 April 2014

Tentang Kraf

Hari ini saya nak share tentang satu informasi mengenai kraf. Kita sering membaca didalam majalah atau mana-mana media cetak yang menceritakan tentang kraf, pengusaha kraf, bentuk rekaan baru bagi kraf dan sebagainya. Dalam usaha mereka bentuk baru sesuatu produk, kita perlu melihat apa yang sesuai untuk bahan dan bentuk, dan reka bentuk produk mesti ditingkatkan. Kita perlu menyediakan sesuatu produk yang lebih mahal dalam ertikata kualiti dan penampilan untuk memenuhi kehendak pengguna.

Jom fikirkan, apabila kita menyebut tentang mereka bentuk baru bagi sesuatu produk, pereka selalunya memainkan peranan yang amat penting tapi persoalannya adakah semua pengusaha kraf adalah pereka (designers) dan adakah semua pereka adalah pengusaha?. Seseorang yang meminati kraf mempunyai sudut pandangan yang berbeza tentang sesuatu produk yang dilihatnya. Contohnya, ada yang sekadar melihat sesuatu bentuk kraf sebagai bentuk yang cantik sahaja dan bagi seseorang yang mempunyai kreativiti ianya akan melihat keindahan, maksud dan uniknya seni yang ditonjolkan pada produk tersebut.

Tidak semua pembuat bakul bangun pada waktu malam dengan visi ciptaan mereka dan mendengar soalan dan jawapan dalam diri. Adakah aku suka dengan penghasilan aku ini? adakah sesiapa menyukainya?. Pasti tidak. Ini bukan bentuk yang mereka faham. Tetapi ianya adalah tidak benar, betulkan? Mengapa ianya perlu? Ianya lemah?. Tidak, tetapi warnanya baik. Adakah itu mencukupi? Sudah tentu tidak, ia akan dibuat semula. Mengapa? kerana ia bukan yang aku maksudkan. Apa yang aku maksudkan? Aku akan melihanya semula pada waktu pagi. Aku perlu bijak dan berani, aku akan buat sekali lagi, atau dua kali atau sepuluh kali sehingga aku mencapai apa yang aku kehendaki.

Sesungguhnya, ini adalah fakta yang benar. Kemahiran asas tidak boleh dipelajari dengan cepat melalui kajian intensif. Pengetahuan mesti berkembang daripada pengalaman praktikal, mata juga perlu belajar untuk melihat dengan persepsi yang kritikal.

Setakat ini perkongsian untuk hari ini. Semoga berjumpa lagi dimasa yang lain.

Selasa, 18 Mac 2014

Salam Perkenalan Dari Penulis

Selamat pagi semua. Hari ini saya mahu berkongsikan tentang diri saya. Nama saya adalah Zanurah Binti Ramli, dilahirkan di Melaka dan sekarang menetap di Sungai Rambai, Melaka.

Sebelum ini saya telah bekerja dengan syarikat swasta untuk tempoh masa selama 28 tahun. Didalam tempoh itu saya telah menimba pengalaman antaranya menyelia operasi pengeluaran (10 tahun), sumber manusia dan unit gaji (12 tahun) dan bahagian pembelian (6 tahun). Telah menamatkan perkhidmatan pada 28.02.2014.

Saya mula menceburkan diri didalam perniagaan kraftangan rotan secara sambilan didalam tahun 2005, mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari saudara Mansor Bin Md Dan serta khidmat nasihat dari saudara Ishak Kassim yang merupakan penerima anugerah Tokoh Kraf Negara / Adiguru bagi tahun 2011 (dalam bidang hasil rimba). Telah mendaftarkan perniagaan dibawah nama TIQA HAMIZAH ENTERPRISE pada 18.09.2011 dan menjalankan perniagaan sepenuh masa bermula 01.03.2014. Tiqa Hamizah Enterprise telah mengeluarkan pelbagai hasil kraf anyaman rotan yang berkualiti, menyediakan kursus menganyam bakul rotan melalui kursus 1 Malaysia dibawah anjuran Mara dan mengadakan kelas menganyam bakul rotan untuk pembangunan masyarakat setempat.

Ini sahaja serba sedikit mengenai diri saya. Terima kasih diatas perhatian anda semua.