Isnin, 31 Mac 2014

Hobi Utama Ku

Salam Sejahtera Kepada Semua,

Hari ini saya nak kongsi tentang hobi utama saya. Saya gemar memasak masakan tradisional, cara penyediaan tradisional dan untuk itu saya gemar membeli dan menyimpan buku resepi masakan (walaupun tidak semua resepi yang ada didalam buku tersebut saya mencubanya). 

Menyebut tentang cara penyediaan tradisional, saya masih praktiskan menggunakan batu giling atau lesung batu untuk menyediakan sambal goreng, asam pedas atau lain-lain masakan tetapi tidaklah terlalu kerap (kerana penyediaan cara tradisional mengambil masa lebih lama).

Disini saya akan kongsikan satu resepi iaitu rojak (resepi ini adalah dari arwah nenek saya). Selalunya rojak ini akan disediakan apabila adanya kenduri dirumah. Boleh juga dijadikan sajian minuman petang.

Bahan-bahan rojak.

1 butir sengkuang
1 biji timun
5 keping tempe goreng
2 keping tauhu goreng
Taugeh anggaran RM0.50
Sedikit nenas masak (tak nak pun tidak mengapa)

Cara-cara penyediaannya :

1. Timun, sengkuang dan nenas dihiris halus. Bersihkan taugeh.
2. Timun dan taugeh hendaklah dicelur
3. Tempe dan tauhu dipotong kecil


Bahan untuk kuah.

1. Kacang tanah anggaran RM2.00 (digorang tanpa minyak hingga garing dan dikisar halus)
2. 3 sudu cili mesin (sekiranya suka pedas boleh letak lebih sedikit)
3. 1/2 butir bawang besar (dimayang halus)
4. Sedikit gula, garam, air asam jawa dan serbuk perasa
5. Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara penyediaannya :

1. Tumis bawang sehingga wangi, kemudian masukkan cili mesin. Goreng hingga agak garing.
2. Masukkan 2 cawan air, gula garam, serbuk perasa dan air asam jawa secukup rasa. Didihkan kuah hingga masak. Sesudah masak sejukkan.
3. Masukkan kacang yang telah dikisar tadi, kacau hingga rata. Sekiranya kuah pekat sangat, cairkan sedikit dengan menambahkan sedikit air masak.
4. Tuangkan kuah keatas bahan rojak yang telah dimasukkan didalam mangkuk tadi. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba resepi saya ini.

Rabu, 26 Mac 2014

PRODUK KAMI

Hari ini saya akan memperkenalkan beberapa contoh produk yang dihasilkan oleh Tiqa Hamizah Enterprise 

Tetapi sebelum itu, saya ingin bercerita sedikit tentang produk kraftangan rotan. Kraftangan rotan mempunyai nilai estetika yang sememangnya sukar dinafikan kerana ianya mampu menjadi tarikan dan penggunaannya masih popular hingga masa kini. Ianya begitu sinonim dengan penggayaan ruang dalaman berkonsepkan warisan Melayu, Nusantara atau suai padan. Aspek ketahanan dan sentiasa natural membuatkan ianya menjadi pilihan utama dan sesuai dipadankan dengan eleman hiasan lain.

Menurut tokoh kraf Negara (Adiguru Kraf) En Ishak Kassim :
 "Apabila produk terhasil, ia menjadi tarikan dan kraf cenderahati yang ringkas sudah cukup menggambarkan nilai seninya".


Bakul Baby

Beg Rotan Bimbit

Pasu

Bakul Buah

Bakul Buah
Bakul majalah / Serbaguna

Dulang Bulat

Tudung Saji

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk kraftangan kami boleh pm / whatsapp 0136476718.











Selasa, 18 Mac 2014

Salam Perkenalan Dari Penulis

Selamat pagi semua. Hari ini saya mahu berkongsikan tentang diri saya. Nama saya adalah Zanurah Binti Ramli, dilahirkan di Melaka dan sekarang menetap di Sungai Rambai, Melaka.

Sebelum ini saya telah bekerja dengan syarikat swasta untuk tempoh masa selama 28 tahun. Didalam tempoh itu saya telah menimba pengalaman antaranya menyelia operasi pengeluaran (10 tahun), sumber manusia dan unit gaji (12 tahun) dan bahagian pembelian (6 tahun). Telah menamatkan perkhidmatan pada 28.02.2014.

Saya mula menceburkan diri didalam perniagaan kraftangan rotan secara sambilan didalam tahun 2005, mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari saudara Mansor Bin Md Dan serta khidmat nasihat dari saudara Ishak Kassim yang merupakan penerima anugerah Tokoh Kraf Negara / Adiguru bagi tahun 2011 (dalam bidang hasil rimba). Telah mendaftarkan perniagaan dibawah nama TIQA HAMIZAH ENTERPRISE pada 18.09.2011 dan menjalankan perniagaan sepenuh masa bermula 01.03.2014. Tiqa Hamizah Enterprise telah mengeluarkan pelbagai hasil kraf anyaman rotan yang berkualiti, menyediakan kursus menganyam bakul rotan melalui kursus 1 Malaysia dibawah anjuran Mara dan mengadakan kelas menganyam bakul rotan untuk pembangunan masyarakat setempat.

Ini sahaja serba sedikit mengenai diri saya. Terima kasih diatas perhatian anda semua.